Menteri luar Majlis Kerjasama Teluk telah menyeru Britain untuk menyingkirkan parti pembangkang Syiah Bahrain dengan pertuduhan cuba menjatuhkan kerajaan Sunni Bahrain.
Enam negara teluk mendesak Britain lebih serius menangani kumpulan Syiah dan penyokongnya...... dan tidak melayan suaka, atau membenarkan mereka mengeksploitasi kebebasan yang boleh merosakkan keamanan dan kestabilan negara-negara jiran.
Dalam pernyataan yang dikeluarkan setelah pertemuan wakil ke enam negara tersebut di kota Laut Merah Saudi, Jeddah Isnin lalu, menteri tersebut juga menyatakan sokongannya terhadap Bahrain untuk mengekang pergerakan Syiah setelah negara itu mengaitkan tuduhan membina jaringan keganasan dengan 23 aktivis politik Syiah termasuk dua pemimpinnya yang berada di London.
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) terdiri dari negara Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emirates Arab Bersatu.